Wednesday, November 14, 2012

NOTA

Simpulan bahasa
            Maksud
Ada hati

Alas perut

Anak emas


Ajak-ajak ayam


Buah tangan

Cahaya mata

Cakar ayam

Curi tulang

Hidung tinggi

Ikut jejak
Ada kemahuan untuk melakukan sesuatu.

Makan sedikit untuk menahan lapar.

Anak yang paling dimanjai atau anak buah yang dikasihi.

Mengajak dengan tidak bersungguh-sungguh.

Hadiah atau pemberian.

Anak.

Tulisan yang sukar dibaca.

Malas membuat kerja.

Sombong.

Mengikuti perbuatan seseorang.

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang mempunyai pengertian dan maksud tertentu. Makna simpulan bahasa berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya




Bank Soalan Simpulan Bahasa

http://upsrbm.tripod.com/sbb.htm

http://upsrbm.tripod.com/sblat3.htm 

http://sktmnbersatu.net/sal/bm/l1/sb1.htm 

https://sites.google.com/site/kbsrbmtahun3/uji-minda/latihan-simpulan-bahasa

Lagu Peribahasa


Video Simpulan Bahasa


Latihan


1.Pada minggu lepas, kakak saya mendapat seorang ________________ perempuan yang comel.

2.Aminah membawa ____________________ ketika melawat kawannya di hospital.

3.Aminatul tidak pergi ke majlis hari jadi Daniel kerana Daniel _______________________  sahaja.

4.Aiman _____________________ ketika melakukan aktiviti gotong-royong di sekolahnya.

5.Siew Meng merupakan __________________________ kepada keluarga Lee.

6.Tulisannya yang __________________________ itu sukar dibaca.