Tuesday, December 11, 2012


Peribahasa : Simpulan Bahasa  

Pilih jawapan yang betul. 
1.
Sebagai anak perempuan tunggal, Aminah menjadi ______________ keluarga Encik Atan. Segala permintaannya dipenuhi termasuk dibelikan barang-barang mewah.   
 
A
anak angkat
B
anak buah
C
anak emas
D
anak pungut

2.
Pelajar yang _____________ itu menjawab semua soalan Matematik dalam masa 20 minit sahaja.   
 
A
telinga lintah
B
malu-malu kucing
C
tawar hati
D
tajam akal  
3.
``Nampaknya saya ______________, sampai-sampai saja makanan enak sudah terhidang di atas meja,’’  kata Ahmad kepada Haji Karim.   
 
A
makan angin
B
tangkai jering
C
langkah kanan
D
durian runtuh  
4.
``Makan ______________ sahaja, ketika waktu pejabat awak tidur, cukup bulan tuntut gaji lebih,’’ herdik majikan itu kepada pekerjanya.   
 
A
makan angin
B
gaji buta
C
banyak mulut
D
panas hati  
5.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau peribadi dinasihati meluahkan___________nya kepada guru kaunseling secepat mungkin.   
 
A
isi hati
B
serkap jarang
C
ringan mulut
D
panas hati  
6.
Halimah dan suaminya kini hidup gembira selepas dikurniakan seorang ____________ baru-baru ini.   
 
A
cahaya mata
B
sakit mata
C
mata air
D
putih mata  
7.
Kes itu telah menjatuhkan _______________nya, apatah lagi selepas tuduhan oleh penduduk kampung ke atasnya dilakukan secara ________________.  
A
air mata, bidan terjun
B
air muka, serkap jarang
C
air mata, tangkai jering
D
air muka, rambang mata  
8.
Setelah lima kali gagal dalam ujian itu, Shahdan mula ___________ untuk mencuba buat sekian kalinya, apatah lagi kini dia sedang menghadapi masalah kewangan  
A
putih mata
B
ringan mulut
C
tawar hati
D
jatuh hati  
9.
Jangan ___________ dengan kejayaan rakan-rakan kerana kalau kita rajin berusaha, tentu kita juga akan berjaya.   
 
A
jatuh hati
B
iri hati
C
isi hati
D
harga diri  
10.
Sejak menjadi ___________ kepada keluarga kaya itu, dia mula _____________ dan enggan mendengar nasihat kawan-kawan serta guru-guru di sekolahnya.    
A
anak angkat, besar kepala
B
anak angkat, banyak mulut
C
anak emas, serkap jarang
D
anak buah, malu-malu kucing

5 comments:

个人资料 said...

Latihan yang baik untuk murid-murid.

soo meegion said...

Well done...keep it up...

wong siewsian said...

Latihan ini sesuai untuk murid membuat ulangkaji .

Wong Lee Na said...

Latihan yang sesuai untuk murid

SIE WEE LING said...

Latihan yang baik.

Post a Comment